Kecoh! Fattah Amin Tak Muncul Di Set Meletop Malam Ini Yg Dihost Oleh Neelofa Dan Nabil, Apa Kes ?

 

Jika korang masih ingat, sebelum ini isu Fattah Amin dan Fazura tidak hadir ke rancangan MeleTOP untuk mempromosikan Hero Seorang Cinderella menjadi bualan ramai orang.

Ada yang mendakwa mereka tidak hadir disebabkan oleh pembatalan saat akhir yang dilakukan oleh Fattah sendiri.

Terbaru, Fattah sekali lagi cetus kontroversi hangat apabila tidak muncul untuk mempromosikan drama terbaru lakonannya iaitu My Coffee Prince. Eh kenapa pula?

MeleTOP umum Fattah Amin & Fahrin Ahmad tetamu jemputan

Beberapa jam sebelum bersiaran, MeleTOP ada mengumumkan Fattah Amin dan Fahrin Ahmad akan menjadi salah seorang tetamu istimewa untuk mempromosikan My Coffee Prince. Ramai yang menantikan kemunculan Fattah Amin kerana bimbang ‘pisang berbuah dua kali’.

‘Minta maaf, Fattah Amin tak dapat hadir’

Walaubagaimanapun, di twitter MeleTOP memohon maaf kepada penonton kerana Fattah nampaknya tidak dapat hadir disebabkan urusan diluar jangkaan yang tak dapat dielakkan. Kata MeleTOP, mereka akan menjemput Fattah dan isteri pada episod yang akan datang.

Di ruangan komen, ada yang membalas tweet MeleTOP sertakan screenshot seperti yang dibawah. Ada yang mendakwa dah muncul tetapi terus pulang? Ada juga dakwaan menyatakan host tidak dibenarkan naik ke pentas? Malah, individu tersebut ada berpesan supaya menghormati rumah orang dan professional. Aik? Apa kes?

Dah muncul, terus pulang?

Sumber : MeleTOP

Credit – kisahdunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *